Yatch-Master II - Sweecheong Watches
Yatch-Master II - Sweecheong Watches

Jam tangan baharu 2026

Rolex Yacht-Master IIMenjinakkan perlumbaan masa

Rolex memperkenalkan Oyster Perpetual Yacht-Master II generasi baharu. Terdapat dalam warna Oystersteel atau emas kuning 18 karat, versi baharu kronograf regata yang unik ini mempersembahkan reka bentuk dan pergerakan yang digarap semula sepenuhnya.

Paparan pelbagai fungsi dan operasi kira detik telah direka bentuk semula untuk keterbacaan yang lebih baik dan manipulasi yang lebih mudah. Skala kira detik kini muncul pada bebibir permukaan dan fungsi tersebut diatur cara dan dikendalikan secara eksklusif melalui dua penekan sisi. Karakter nautika jam tangan ini ditekankan melalui banyak perincian visual yang dipertimbangkan dengan teliti yang mengukuhkan kedudukannya dalam rangkaian Yacht-Master. Yacht-Master II baharu sama hebatnya dengan model asal semasa pelancaran.

Permukaan dan bebibir bersenggatKeterbacaan optimum

Paparan telah direka bentuk untuk memastikan keterbacaan yang jelas bagi pelbagai fungsi.
Permukaan ini disaluti lakuer putih baharu yang kusam untuk mengurangkan pantulan serta menampilkan penanda jam indeks tampal hias yang menjadi simbol jam tangan kategori Profesional. Bebibir, yang dikhaskan untuk fungsi kira detik, diletakkan dengan sangat tepat pada permukaan – satu ciri yang permohonan paten telah difailkan. Bebibir bersenggat dari 10 hingga 0 minit, dengan setengah minit dipaparkan sebagai segi tiga.

Yatch-Master II - Sweecheong Watches

Sisipan bezel Cerachrom Teknologi tinggi terunggul

Yacht-Master II, yang terdapat dalam Oystersteel atau emas kuning 18 karat, mempunyai bezel boleh putar dwiarah yang dilengkapi sisipan Cerachrom bersenggat 60 minit dalam seramik biru. Amat keras dan betul-betul kalis calar, seramik berteknologi tinggi yang digunakan oleh Rolex memerlukan alat khas untuk tujuan pemesinan. Warna seramik yang stabil tidak terjejas oleh sinaran ultraungu manakala komposisi kimianya bersifat lengai dan tidak akan terkakis.

Pada sisipan Cerachrom biru ini, senggatan dan angka yang teracu dan terbenam disaluti platinum atau emas kuning melalui PVD (Pemendapan Wap Fizikal). Senggatan bagi setengah jam pertama ditetapkan minit demi minit. Dengan bezel dalam kedudukan neutral, 30 saat terakhir kira detik boleh dibaca dengan lebih terperinci melalui jarum saat tengah kronograf. Bezel bersenggat dengan tepi berlekuk memberikan cengkaman yang sangat baik serta membolehkan pemakai mengukur selang masa dengan mudah – contohnya, masa pelayaran di antara dua boya.

Yatch-Master II - Sweecheong Watches

Rantai OysterIkonik dan teguh

Yacht-Master II dilengkapi rantai Oyster. Dibangunkan pada akhir 1930-an, rantai logam dengan pautan tiga keping yang lebar dan sedikit melengkung ini dikenali kerana keteguhannya. Rantai Oyster Yacht-Master II yang diperbuat daripada Oystersteel atau emas kuning 18 karat dilengkapi pengancing keselamatan Oysterlock yang lebih nipis. Pelipat lipat ini, yang mengelak daripada terbuka, menampilkan pautan sambungan keselesaan Easylink, yang dibangunkan oleh Rolex supaya pemakai dapat melaraskan panjang rantai kira-kira 5 mm dengan mudah. Pada jam tangan yang diperbuat daripada emas kuning 18 karat, rantai Oyster mengandungi sisipan seramik yang dipatenkan – direka bentuk oleh jenama – di dalam pautan untuk mencegah haus terlalu awal dan meningkatkan kelenturan pada pergelangan tangan.

Yatch-Master II - Sweecheong Watches

Kaliber 4162Gerakan yang inovatif

Diperkenalkan pada tahun 2026 dan eksklusif untuk Yacht-Master II, kaliber 4162 ialah gerakan kronograf dengan fungsi kira detik, yang dibangunkan dan dikeluarkan sepenuhnya oleh Rolex. Yacht-Master II generasi baharu dilengkapi kaliber 4162, satu evolusi kaliber 4161 yang dipasang pada model sebelumnya. Gerakan mekanikal automatik ini menawarkan prestasi yang menakjubkan terutamanya dari segi ketepatan, rizab kuasa, kemudahan dan kebolehpercayaan.
The new-generation Yacht-Master II is equipped with calibre 4162, an evolution of calibre 4161 that was fitted on the model’s predecessor. This self-winding mechanical movement delivers outstanding performance, particularly in terms of precision, power reserve, convenience and reliability.

Fungsi kira detik dikuasakan oleh mekanisme teguh dengan roda turus dan klac menegak yang membolehkan permulaan yang amat cepat lagi tepat. Kaliber 4162 turut menggabungkan beberapa inovasi utama Rolex pada gerakan, termasuk bolosan Chronergy. Lantaran seni bina barel dan kecekapan bolosan yang tinggi, rizab kuasa gerakan ini mampu bertahan hingga kira-kira 72 jam. Kaliber 4162 menyerlah dengan kemasan terperinci dan titi berhias Rolex Côtes de Genève serta berat berayun potongan.

Yatch-Master II - Sweecheong Watches
Yatch-Master II - Sweecheong Watches

Pensijilan Superlative Chronometer

Oyster Perpetual Yacht-Master II dilindungi oleh pensijilan Superlative Chronometer. Perakuan eksklusif ini dikeluarkan untuk setiap jam tangan yang meninggalkan bengkel Rolex serta membuktikan prestasi cemerlang di pergelangan tangan. Pensijilan dalaman ini dikawal ketat oleh entiti Switzerland bebas yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

Pada 2026, pensijilan Superlative Chronometer telah diperkukuh dengan penambahan tiga kriteria ujian baharu: rintangan terhadap medan magnet, kebolehpercayaan dan kemampanan. Kriteria ini dilaksanakan sepanjang peringkat reka bentuk dan pembuatan setiap jam tangan. Beratus-ratus pemeriksaan dan pengesahan yang berkaitan secara langsung dengan prestasi jam tangan dijalankan semasa fasa-fasa ini. Kriteria ini ditambahkan apabila pensijilan ditakrifkan semula pada 2015, yang mengawal ketepatan, kekalisan air, automasi dan rizab kuasa. Pada tahun itu, Rolex telah menyediakan protokol ujian eksklusif untuk jam tangan yang telah siap yang dijalankan di dalam kilang pembuatan pada peralatan automatik sepenuhnya. Keperluan ketepatan adalah sangat ketat: diukur selepas meletakkan penutup pada gerakan, ketepatan jam tangan mestilah antara –2 dan +2 saat sehari. Kadar sisihan yang diterima oleh Rolex untuk ketepatan jam tangan yang telah siap adalah jauh lebih ketat daripada had sisihan yang diterima untuk perakuan rasmi gerakan itu sahaja.

Status Superlative Chronometer dilambangkan oleh mohor hijau bagi setiap jam tangan Rolex berserta jaminan antarabangsa selama lima tahun.

Teruskan meneroka

Pin It on Pinterest