Rolex Yacht-Master 40 Oyster, 40 mm, Oystersteel dan platinumM126622-0001

RM53,550.00

p
* Semua harga adalah harga runcit yang dicadangkan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M126622-0001 - Jam Tangan Swee Cheong

Jaminan Rolex

Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami menyertakan jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.

Menterai Hijau

Jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex disertai dengan meterai hijau ialah satu simbol status sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan itu telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang khusus oleh Rolex yang dilakukan di dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri di samping pensijilan COSC rasmi untuk gerakan.

Kotak Peragaan Rolex

Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan meru-pakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu sim-bol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.

Rujukan

126622

Kes model

Oyster, 40 mm, Oystersteel dan platinum

Bezel

Platinum boleh putar dwiarah bersenggat 60 minit dengan angka timbul

Tahan air

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik

Berkaliber

3235, Buatan Rolex

Rizab kuasa

Lebih kurang 70 jam

Gelang tangan

Oyster, pautan tiga keping padat

Dail

Batu loh

Pensijilan

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)

Bezel boleh putar dwiarah

Bezel boleh putar dwiarah bersenggat 60 minit Yacht-Master diperbuat sepenuhnya daripada logam berharga atau dipasang dengan sisipan Cerachrom dalam seramik berteknologi tinggi. Angka dan senggatan yang dinaikkan dan digilap jelas menonjol dengan latar belakang yang kusam dan berpasir. Bezel berfungsi ini yang membolehkan pemakai mengira, sebagai contoh, masa pelayaran antara dua boya - juga merupakan komponen penting dalam identiti visual khas model.
Rolex Bezel boleh putar dwiarah - Jam Tangan Swee Cheong

Dail Slate

Sepertimana jam tangan Rolex Profesional yang lain, Yacht-Master 40 menawarkan keterbacaan luar biasa dalam semua keadaan terutamanya kegelapan disebabkan paparan Chromalightnya. Jarum dan penanda jamnya yang lebar dalam bentuk yang mudah - segitiga, bulatan, segi empat tepat -diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya berpanjangan.
Rolex Dail Slate - Jam Tangan Swee Cheong

Rolesium

Kebanyakan jam tangan Rolex kini boleh didapati dengan kombinasi emas kuning, putih atau emas Everose dan juga keluli yang dikenali sebagai Rolesor, namun Rolesium adalah ciptaan khusus untuk Yacht-Master. Sementara penutup dan rantai disaluti Oystersteel yang tahan lasak, bezel versi Rolesium yang diperbuat daripada platinum, menyerlahkan keputihan perak dan kilauan yang terang untuk kemewahan yang tidak dapat dipertikaikan.
Rolex Rolesium - Jam Tangan Swee Cheong
Rolex Crown - Swee Cheong Perhiasan & amp; Jam Tangan

Ketersediaan model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Swee Cheong Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex di seluruh dunia dan boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.

Hubungi kami

Return Client Watch - Swee Cheong Perhiasan & amp; Jam Tangan
Rolex Yacht-Master Sepanduk - Jam Tangan Swee Cheong
Rolex Yacht-Master

Karakter kelautan

Teruskan Meneroka

Pin It on Pinterest