Rolex GMT-Master II Oyster, 40 mm, emas putihM126729VTNR-0001

RM206,200.00

p
* Semua harga adalah harga runcit yang dicadangkan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M126729VTNR-0001 - Jam Tangan Swee Cheong

Jaminan Rolex

Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami menyertakan jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.

Menterai Hijau

Jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex disertai dengan meterai hijau ialah satu simbol status sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan itu telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang khusus oleh Rolex yang dilakukan di dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri di samping pensijilan COSC rasmi untuk gerakan.

Kotak Peragaan Rolex

Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan meru-pakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu sim-bol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.

Rujukan

126729VTNR

Kes model

Oyster, 40 mm, emas putih

Bezel

Bezel dwiarah boleh gilir senggatan 24 jam. Sisipan Cerachrom dwiwarna hijau dan hitam dalam seramik, angka dan senggatan dibentu

Tahan air

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik, fungsi GMT

Berkaliber

3285, Buatan Rolex

Rizab kuasa

Lebih kurang 70 jam

Gelang tangan

Oyster, pautan tiga keping padat

Dail

Seramik hijau

Pensijilan

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)

Bezel Berputar 24-Jam

Model ini menampilkan dail seramik hijau dan sisipan bezel Cerachrom dua warna dalam seramik hijau dan hitam. Sebagai tambahan pada jarum jam, minit dan saat konvensionalnya, GMT-Master II mempunyai satu jarum 24 jam berbentuk segetiga susuh di mana ianya berputar pada dail setiap 24 jam dan satu bezel berputar dwiarah dengan senggat 24 jam. Jarum 24 jam yang mempunyai warna tersendiri memaparkan masa rujukan pada "Home" dalam zon waktu pertama yang boleh dibaca pada senggatan bezel. Waktu tempatan pengembara mudah ditetapkan dengan "melompat" dari jam ke jam kerana mekanisme cerdas yang dikendalikan melalui belitan putaran jam. Jarum jam boleh diselaraskan ke depan atau belakang secara bebas daripada jarum minit dan saat. Ini membolehkan pengembara menyesuaikan diri dengan zon masa baru mereka tanpa menjejaskan ketepatan waktu mereka. Sisipan bezel Cerachrom menampilkan kombinasi warna asal: hitam dan hijau eksklusif yang dikhaskan untuk model ini.
Rolex Bezel Berputar 24-Jam - Jam Tangan Swee Cheong

Dail seramik hijau

Dail Cerachrom — yang dihasilkan dengan cara yang sama seperti dail batu semula jadi, iaitu dengan memasang cakera bahan pada plat kuningan — memaparkan warna hijau yang sama dengan bahagian bawah sisipan bezel Cerachrom dua warna hijau dan hitam yang membingkai muka jam. Ini adalah dail Cerachrom pertama pada jam Rolex. Pada jam ini, mahkota dan pelindung mahkota terletak di sebelah kiri kes jam. Bukaan tarikh dan kanta Siklops berada pada jam 9.
Rolex Dail seramik hijau - Jam Tangan Swee Cheong

18 ct emas putih

Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut bahagian yang terdapat pada perak, tembaga, platinum atau paladium tambahan, beberapa jenis emas 18 karat boleh dihasilkan: kuning, merah jambu atau putih. Mereka diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula dari sumbernya.
Rolex 18 ct emas putih - Jam Tangan Swee Cheong
Rolex Crown - Swee Cheong Perhiasan & amp; Jam Tangan

Ketersediaan model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Swee Cheong Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex di seluruh dunia dan boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.

Hubungi kami

Return Client Watch - Swee Cheong Perhiasan & amp; Jam Tangan
Rolex GMT-Master II Sepanduk - Jam Tangan Swee Cheong
Rolex GMT-Master II

Jejaki hubungan

Teruskan Meneroka

Pin It on Pinterest