Rolex GMT-Master II Oyster, 40 mm, emas EveroseM126715CHNR-0002

RM218,000.00

p
* Semua harga adalah harga runcit yang dicadangkan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M126715CHNR-0002 - Jam Tangan Swee Cheong

Jaminan Rolex

Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami menyertakan jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.

Menterai Hijau

Jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex disertai dengan meterai hijau ialah satu simbol status sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan itu telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang khusus oleh Rolex yang dilakukan di dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri di samping pensijilan COSC rasmi untuk gerakan.

Kotak Peragaan Rolex

Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan meru-pakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu sim-bol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.

Rujukan

126715CHNR

Kes model

Oyster, 40 mm, emas Everose

Bezel

Bezel dwiarah boleh gilir senggatan 24 jam. Dua warna perang dan sisipan Cerachrom hitam dalam seramik, dibentu angka-angka dan senggatan

Tahan air

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik, fungsi GMT

Berkaliber

3285, Buatan Rolex

Rizab kuasa

Lebih kurang 70 jam

Gelang tangan

Oyster, pautan tiga keping padat

Dail

Batu Tiger Iron

Pensijilan

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)

Batu Tiger Iron

Model GMT-Master II ini menampilkan dail daripada batu Tiger Iron. Batu metamorfik ini, yang digunakan oleh Rolex buat pertama kali pada jam tangan ini, dicirikan oleh struktur kompleksnya. Terdiri daripada tiga mineral — tiger’s eye (mata harimau), jasper merah, dan hematit berwarna perak — ia adalah batu yang memancarkan rona keemasan dan jingga, yang setelah melalui pemilihan teliti dan pemasangan rapi, bersatu harmonis dengan warna kerangka dan gelang jam tangan.
Rolex Batu Tiger Iron - Jam Tangan Swee Cheong

Bezel Berputar 24-Jam

Model ini menampilkan dail Tiger Iron dan sisipan bezel Cerachrom dua warna dalam seramik coklat dan hitam. Sebagai tambahan pada jarum jam, minit dan saat konvensionalnya, GMT-Master II mempunyai satu jarum 24 jam berbentuk segetiga susuh di mana ianya berputar pada dail setiap 24 jam dan satu bezel berputar dwiarah dengan senggat 24 jam. Jarum 24 jam yang mempunyai warna tersendiri memaparkan masa rujukan pada "Home" dalam zon waktu pertama yang boleh dibaca pada senggatan bezel. Waktu tempatan pengembara mudah ditetapkan dengan "melompat" dari jam ke jam kerana mekanisme cerdas yang dikendalikan melalui belitan putaran jam. Jarum jam boleh diselaraskan ke depan atau belakang secara bebas daripada jarum minit dan saat. Ini membolehkan pengembara menyesuaikan diri dengan zon masa baru mereka tanpa menjejaskan ketepatan waktu mereka.
Rolex Bezel Berputar 24-Jam - Jam Tangan Swee Cheong

18 ct emas Everose

Untuk memelihari keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan secara eksklusif aloi 18 karat emas merah jambu yang dikilangkan sendiri. Emas Everose. Diperkenalkan pada tahun 2005, 18 karat emas Everose digunakan di kesemua model Rolex Oyster jam tangan emas merah jambu Rolex.
Rolex 18 ct emas Everose - Jam Tangan Swee Cheong
Rolex Crown - Swee Cheong Perhiasan & amp; Jam Tangan

Ketersediaan model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Swee Cheong Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex di seluruh dunia dan boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.

Hubungi kami

Return Client Watch - Swee Cheong Perhiasan & amp; Jam Tangan
Rolex GMT-Master II Sepanduk - Jam Tangan Swee Cheong
Rolex GMT-Master II

Jejaki hubungan

Teruskan Meneroka

Pin It on Pinterest