Rolex-Servicing-Procedure-Cover
Rolex-Servicing-Procedure-Cover_Portrait

Menyenggara Rolex anda

PROSES PENYENGGARAAN

Setiap Peruncit Rasmi Rolex dan afiliasi Rolex diberi kuasa untuk menerima jam tangan Rolex anda untuk penyenggaraan. Setelah menerima jam tangan anda, seorang kakitangan mencatat apa-apa permintaan yang mungkin anda inginkan. Jam tangan kemudiannya dihantar kepada tukang jam.

YouTube video
Rolex-Servicing-Prosedur-Penilaian-Of-The-Watch_Portrait

PENILAIAN JAM TANGAN

Jam tangan anda diperiksa dengan teliti oleh tukang jam yang akan memberikan anggaran kerja yang perlu dilakukan. Setelah anggaran diluluskan, penyenggaraan bermula.

PERSEDIAAN PENYENGGARAAN

Gerakan jam yang masih dilengkapi dengan permukaan dan jarum ditanggalkan daripada penutup – selepas rantai dipisahkan. Gerakan, penutup dan rantai akan menjalani penyenggaraan yang berasingan sebelum dipasangkan semula pada akhir proses.
Rolex-Servicing-Procedure-Preparation-For-Servicing_Portrait
Rolex-Servicing-Procedure-Pembongkaran-Of-The-Movement_Portrait

PENCERAIAN GERAKAN

Gerakan diceraikan sepenuhnya dan semua bahagian diperiksa dengan teliti. Bahagian yang tidak lagi memenuhi syarat Rolex akan digantikan secara sistematik.

PEMBERSIHAN KOMPONEN

Setiap komponen dibersihkan secara mandian ultrasonik untuk menanggalkan semua kesan kotoran.
Rolex-Servicing-Procedure-Cleaning-The-Movement_Portrait
Rolex-Servicing-Procedure-Assembly-Lubrication-Of-The-Movement_Portrait

PEMASANGAN DAN PELINCIRAN GERAKAN

Komponen yang telah bersih dikeringkan dan selepas itu, gerakan dipasang semula dan dilincirkan. Tukang jam membuat pelarasan pertama pada ketepatan gerakan mengikut kriteria ketepatan jenama.
Rolex-Servicing-Procedure-Refinishing-Of-The-Case_Portrait

SENTUHAN AKHIR PENUTUP DAN RANTAI

Penutup diceraikan sepenuhnya dan penutup tengah, bezel, penutup belakang serta rantai digilap semula atau diberikan kemasan satin mengikut kemasan asal. Operasi yang halus ini memerlukan penjagaan dan kecekapan yang tinggi.

Rolex-Servicing-Prosedur-Pemasangan-Of-The-Case_Portrait

PEMASANGAN SEMULA PENUTUP

Selepas dibersihkan dan diperbaharu, bahagian penutup dipasangkan semula dan sendal digantikan. Penutup ini diuji terhadap kekalisan air.

PENUTUPAN GERAKAN

Gerakan yang telah dipasang semula dengan permukaan dan jarum dimasukkan kembali ke dalam penutup sebaik sahaja tukang jam melaksanakan pemeriksaan teknikal dan estetik yang ketat bagi semua elemen ini.
Rolex-Servicing-Procedure-Casing-Of-The-Movement_Portrait
Rolex-Servicing-Procedure-Precision-Test_Portrait

UJIAN KETEPATAN

Selepas menutup gerakan, tukang jam mengukur sekali lagi ketepatan kronometri dan membuat apa-apa pelarasan akhir yang diperlukan bagi memenuhi syarat Rolex. Penutup belakang kemudiannya diskrukan dan jam tangan anda menjalani satu lagi ujian khusus Rolex yang mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk mengesahkan prestasi gerakan dari semasa ke semasa.

Rolex-Servicing-Prosedur-Kalis Air-Test_Portrait

UJIAN KALIS AIR

Jam tangan anda menjalani ujian tekanan di dalam air untuk memeriksa bahawa jam itu kedap air dan kemudiannya rantai dipasang semula pada penutup.

KAWALAN TERAKHIR

Jam tangan anda kini sedia untuk kawalan akhir iaitu tukang jam akan memastikan jam tangan berfungsi dengan baik dan penampilan estetik adalah sempurna.
Rolex-Servicing-Procedure-Final-Control_Portrait
Rolex-Servicing-Procedure-Returning-The-Watch_Portrait

MENGEMBALIKAN JAM TANGAN

Pada akhir prosedur penyenggaraan, jam tangan anda dikembalikan kepada anda dalam kantung pelindung berserta jaminan penyenggaraan antarabangsa selama dua tahun yang meliputi alat ganti dan buruh.

PERKHIDMATAN KELAS PERTAMA

Rolex komited untuk menawarkan servis selepas jualan kelas pertama kepada anda. Dengan adanya standard tertinggi dan kepakaran tukang jam kami, jam tangan Rolex anda boleh terus melaksanakan fungsi mengikut perubahan masa dengan kebolehpercayaan yang cemerlang dan keindahan yang luar biasa.
Rolex-Servicing-Procedure-First-Class-Service_Portrait
Rolex-Servicing-Procedure-Worn-Watch_Portrait

Teruskan Meneroka

Keep-Exploring-Landing-Page_Portrait

ROLEX DI SWEE CHEONG

Keep-Exploring-Rolex-Collection

KOLEKSI ROLEX

Keep-Exploring-New-2023-Watches

JAM TANGAN BAHARU 2023

Keep-Exploring-Servicing-Your-Rolex

MENYENGGARA ROLEX ANDA

Keep-Exploring-Servicing-Your-Rolex

PEMBUATAN JAM TANGAN ROLEX

Rolex-Malaysia-Keep-Exploring-Our-Boutique

BUTIK KAMI

Rolex-Malaysia-Keep-Exploring-Our-History

SEJARAH KAMI

Keep-Exploring-Contact-Us

HUBUNGI KAMI

Pin It on Pinterest