

Dibina untuk bertahan
JAMINAN KETAHANAN
Jam tangan Rolex direka dan dibina untuk bertahan. Dari konsepsi jam tangan Rolex hingga waktu meninggalkan bengkel, setiap langkah pembangunan dan pembuatannya mengikut satu syarat kritikal: kualiti. Hasilnya, tidak ada had tentang tempoh jam tangan Rolex boleh terus berfungsi, diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya dan untuk beberapa kehidupan.

BENARKAN PAKAR MEMBIMBING ANDA
Selang beberapa tahun selepas setiap penyenggaraan, jam tangan anda harus diberikan perhatian yang menyeluruh. Sebagai Peruncit Rasmi Rolex, Swee Cheong Watch diberi kuasa untuk menerima jam tangan Rolex anda untuk tujuan penyenggaraan. Dengan ilmu, kemahiran dan pengetahuan teknikal yang diperlukan, kami bersedia untuk memberi anda nasihat tentang segala aspek teknikal jam tangan Rolex.

MENYENGGARA ROLEX ANDA MELALUI SWEE CHEONG WATCH
Melalui Swee Cheong Watch, anda boleh mengakses rangkaian tukang jam Rolex yang terlatih di seluruh dunia. Kami mengikuti Prosedur Penyenggaraan Rolex yang direka untuk memastikan setiap jam tangan yang keluar dari bengkel Rolex mematuhi spesifikasi fungsian dan estetika asalnya.

PROSEDUR PENYENGGARAAN ROLEX
Setiap jam tangan Rolex direka, dihasilkan dan diuji dengan sentiasa menitikberatkan segala perincian. Pendekatan ‘superlatif’ ini ditunjukkan melalui beberapa kualiti asas yang mencirikan setiap jam tangan Rolex: ketepatan, kekalisan air, autonomi, keteguhan, kesederhanaan, ketukangan, keselesaan dan ketahanan. Prinsip teknikal dan estetik utama ini sentiasa menjadi panduan Pengeluar Rolex.
JAMINAN PENYENGGARAAN DUA TAHUN
Selepas penyenggaraan selesai, Rolex anda dilindungi oleh Jaminan Penyenggaraan selama dua tahun. Jaminan ini tidak termasuk apa-apa kerosakan atau kemerosotan yang disebabkan oleh kemalangan atau pengendalian jam tangan yang salah. Sebarang campur tangan oleh pihak ketiga yang tidak diberi kuasa oleh Rolex atau penambahan mana-mana bahagian atau aksesori yang tidak dikeluarkan oleh Rolex akan membatalkan Jaminan Penyenggaraan.
