Rolex
Datejust 31
Oyster, 31 mm, Oystersteel, emas Everose dan berlian M278381RBR-0032

Harga:

RM81,200.00

* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.

Hubungi kami di +60 9 741 2333

rolex-icon-21px-whatsapp-green-1

Hubungi Kami di WhatsApp

Hantarkan mesej kepada kami

Mencari peruncit

Rolex

Datejust 31

Oyster, 31 mm, Oystersteel, emas Everose dan berlian

M278381RBR-0032

Harga:

RM81,200.00

* Semua harga adalah harga runcit yang dicadangkan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.

HUBUNGI KAMI

rolex-icon-21px-whatsapp-green-1

RUJUKAN

278381RBR

BUTIRAN

N/A

PENUTUP MODEL

Oyster, 31 mm, Oystersteel, emas Everose dan berlian

SENI BINA OYSTER

Penutup tengah Monoblok, penutup belakang diskrukan ke bawah dan belitan putaran jam

BEZEL

Dipasangkan dengan berlian

KALIS AIR

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

MEKANISME

Perpetual, mekanikal, automatik

RANTAI

Jubilee, penghubung lima keping

MATERIAL GELANG

Rolesor Everose - kombinasi Oystersteel dan emas Everose

RIZAB KUASA

Lebih kurang 55 jam

DAIL

Perak, motif bunga bertatahkan berlian

PENSIJILAN

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)

DIAMETER

31 mm

BAHAN

Rolesor Everose - kombinasi Oystersteel dan emas Everose

BELITAN PUTARAN JAM

Diskrukan ke bawah, sistem kalis air Twinlock berganda

KRISTAL

Nilam tahan calar, kanta siklops sepanjang tarikh

KETEPATAN

-2/+2 saat/hari, selepas dibuka

PENGAYUN

Pegas rambut Syloxi dalam silikon dengan geometri terpaten. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi

BELITAN

Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual

KANCING

Crownclasp lipat terlindung

KALIBER

2236, Buatan Rolex

Watch on wrist
Featured Specification

Dail Perak

Permukaan bermotifkan bunga menggabungkan tiga kemasan berbeza – sinaran matahari, kusam dan berira. Teknik kemasan berteknologi tinggi diperlukan untuk mencipta motif ini, satu contoh cemerlang kepakaran pembuatan permukaan yang rapi. Kesan tekstur dipertingkatkan lagi dengan 24 berlian yang berbeza-beza saiznya, yang menerangi bahagian tengah setiap bunga.

Bezel Bertatahkan Berlian

Pengeset permata dengan halus mengukir logam berharga dengan tangan agar setiap batu permata terbenam dengan sempurna. Dengan seni dan kraf seorang pembuat barang kemas, batu itu diletakkan dengan cermat sejajar dengan batu yang lain, kemudian diletakkan semula berhati-hati dalam tetapan emas atau platinum. Selain daripada kualiti intrinsik batu-batu itu, beberapa kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan penetapan permata Rolex: penjajaran tepat untuk ketinggian permata tersebut, orientasi dan posisi, ketetapan, kekuatan dan pembahagian penetapan serta kemasan yang rumit pada kerja logam. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai.

Featured Specification
Featured Specification

Rolesor Everose

Emas diidamkan untuk kilauan dan kemasyurannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Mereka secara harmoni menggabungkan sifat terbaik mereka bersama-sama. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah dipamerkan pada model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada 1933. Jam tangan ini merupakan tunggak koleksi Oyster.

Rolex logo

KETERSEDIAAN MODEL

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Swee Cheong Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex di seluruh dunia dan boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.

https://www.youtube.com/embed/AQATzDTiNhw?feature=oembed

CARA MENETAPKAN DATEJUST 31 ANDA

Sinonim dengan keunggulan dan kebolehpercayaan, jam tangan Rolex direka untuk dipakai setiap hari, dan bergantung pada modelnya, ia sangat sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti lain. Dibina untuk bertahan, jam tangan ini dicirikan oleh estetika mereka yang tersendiri dan abadi. Oyster Perpetual Datejust 31 ialah ekspresi daya tarikan abadi. Ketahui lebih lanjut mengenai jam tangan ini dan cara untuk menetapkan masa dan tarikh dengan menonton video.

https://www.youtube.com/embed/zo7JAex7Mow?feature=oembed

Mana-mana hari boleh terpahat dalam kehidupan kita dan menyediakan pentas untuk aspirasi baharu. Sejak dicipta pada tahun 1945, Datejust sentiasa mendapat garapan baharu yang melambangkan makna keanggunan klasik Rolex. Satu sejarah penting tercipta dalam pembuatan jam kerana ini ialah jam tangan kronometer kalis air automatik pertama yang mempunyai tingkap yang memaparkan tarikh. Diperbesar oleh kanta Siklops, angka ini ialah peringatan bahawa walaupun 24 jam menandakan sehari, kitalah yang harus memeriahkan hari tersebut.

Rolex Datejust

BUAT TARIKH SEHARI

HUBUNGI KAMI

*Ruang ini perlu diisi.

Pin It on Pinterest