Rolex Land-Dweller 36 Oyster, 36 mm, platinumM127236-0001

RM256,000.00

p
* Semua harga adalah harga runcit yang dicadangkan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M127236-0001 - Jam Tangan Swee Cheong

Jaminan Rolex

Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami menyertakan jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.

Menterai Hijau

Jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex disertai dengan meterai hijau ialah satu simbol status sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan itu telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang khusus oleh Rolex yang dilakukan di dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri di samping pensijilan COSC rasmi untuk gerakan.

Kotak Peragaan Rolex

Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan meru-pakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu sim-bol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.

Rujukan

127236

Kes model

Oyster, 36 mm, platinum

Bezel

Berjejalur

Tahan air

Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik

Berkaliber

7135, Buatan Rolex

Rizab kuasa

Lebih kurang 66 jam

Gelang tangan

Jubilee rata, pautan lima keping padu

Dail

Biru ais, motif sarang lebah

Pensijilan

Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)

Permukaan Biru Ais

Biru ais ini ialah warna yang dikhaskan untuk jam tangan yang diperbuat daripada platinum, dan permukaan dihiasi dengan motif sarang lebah serta kemasan sinar matahari. Garapannya memerlukan ketukangan tradisional dan kaedah teknologi tinggi yang dikuasai secara dalaman. Struktur sarang lebah dipotong dengan laser femtosecond, yang juga digunakan untuk mengukir garisan halus di dalam alur yang memisahkan setiap sel. Paparan Chromalight, angka terbuka dan penanda jam indeks pendarkilau pada permukaan ini memberikan keterbacaan dalam apa-apa keadaan. Jarum yang juga pendarkilau, telah direka khas untuk model ini.
Rolex Permukaan Biru Ais - Jam Tangan Swee Cheong

Bezel berjejalur

Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam platinum pada Land-Dweller 36 ini.
Rolex Bezel berjejalur - Jam Tangan Swee Cheong

Platinum

Nadir dan berharga, platinum memukau dengan keputihan perak dan kilauan terang. Ia adalah antara logam paling padat dan paling berat di dunia, dibezakan oleh sifat kimia dan fizikal yang unik seperti ketahanan kakisan yang luar biasa. Agak menakjubkan platinum itu juga lembut, elastik dan mudah dibentuk, yang menjadikan proses pemesinan dan penggilapan sangat sukar kerana ia menuntut tahap kemahiran yang sangat tinggi. Rolex sentiasa menggunakan platinum 950, iaitu satu aloi yang merangkumi 950‰ (perseribu) platinum, dibuat dengan teliti secara dalaman oleh tukang logam yang terbaik di Rolex. Logam yang paling mulia untuk jam tangan yang terbaik.
Rolex Platinum - Jam Tangan Swee Cheong
Rolex Crown - Swee Cheong Perhiasan & amp; Jam Tangan

Ketersediaan model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Swee Cheong Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex di seluruh dunia dan boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.

Hubungi kami

Return Client Watch - Swee Cheong Perhiasan & amp; Jam Tangan
Rolex Land-Dweller Sepanduk - Jam Tangan Swee Cheong
Rolex Land-Dweller

Membuka ufuk baharu

Teruskan Meneroka

Pin It on Pinterest