Rolex Lady-Datejust Oyster, 28 mm, Oystersteel dan emas putihM279174-0020

RM36,750.00

p
* Semua harga adalah harga runcit yang dicadangkan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M279174-0020 - Jam Tangan Swee Cheong

Jaminan Rolex

Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami menyertakan jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.

Menterai Hijau

Jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex disertai dengan meterai hijau ialah satu simbol status sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan itu telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang khusus oleh Rolex yang dilakukan di dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri di samping pensijilan COSC rasmi untuk gerakan.

Kotak Peragaan Rolex

Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan meru-pakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu sim-bol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.

Rujukan

279174

Kes model

Oyster, 28 mm, Oystersteel dan emas putih

Bezel

Berjelajur

Tahan air

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik

Berkaliber

2236, Buatan Rolex

Rizab kuasa

Lebih kurang 55 jam

Gelang tangan

Oyster, pautan tiga keping padat

Dail

Putih

Pensijilan

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)

Bezel Berjejalur

Bezel berjelajur Rolex adalah satu tanda perbezaan. Pada mulanya, Oyster jelajur bezel mempunyai tujuan tertentu. Ia membantu bezel untuk mudah diskrukan pada penutup untuk memastikan jam tangan itu kalis air. Ianya kemudian dikenali sebagai jelajur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup untuk tujuan kalis air dengan menggunakan alat - alat spesifik Rolex. Dari masa ke masa, jelajur itu menjadi elemen estetika, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan bagi Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Lady-Datejust ini.
Rolex Bezel Berjejalur - Jam Tangan Swee Cheong

Dail Putih

Lakuer menyatukan kebebasan warna yang hampir tidak terbatas dengan keamatan dan kemasan yang halus. Teknik penyampangan melibatkan kerja menyadur enam lapisan lakuer yang nipis secara berturut-turut pada plat asas loyang. Varnis tanpa warna kemudiannya disapu untuk membangkitkan kedalaman dan kilauan warna. Setelah varnis kering, bahagian atas permukaan digilap untuk menyerlahkan warna; permukaan kemudiannya sedia untuk proses percetakan pad dan tampal hias.
Rolex Dail Putih - Jam Tangan Swee Cheong

Rolesor Putih

Emas diidamkan untuk kilauan dan kemasyurannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Mereka secara harmoni menggabungkan sifat terbaik mereka bersama-sama. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah dipamerkan pada model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada 1933. Jam tangan ini merupakan tunggak koleksi Oyster.
Rolex Rolesor Putih - Jam Tangan Swee Cheong
Rolex Crown - Swee Cheong Perhiasan & amp; Jam Tangan

Ketersediaan model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Swee Cheong Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex di seluruh dunia dan boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.

Hubungi kami

Return Client Watch - Swee Cheong Perhiasan & amp; Jam Tangan
Rolex Lady-Datejust Sepanduk - Jam Tangan Swee Cheong
Rolex Lady-Datejust

Keanggunan elegan

Teruskan Meneroka

Pin It on Pinterest