Rolex Deepsea Oyster, 44 mm, emas kuning M136668LB-0001

RM256,000.00

p
* Semua harga adalah harga runcit yang dicadangkan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M136668LB-0001 - Jam Tangan Swee Cheong

Rolex International Guarantee Card - Swee Cheong

Jaminan Rolex

Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami menyertakan jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.

Menterai Hijau

Jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex disertai dengan meterai hijau ialah satu simbol status sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan itu telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang khusus oleh Rolex yang dilakukan di dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri di samping pensijilan COSC rasmi untuk gerakan.

Kotak Peragaan Rolex

Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan meru-pakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu sim-bol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.

Rujukan

136668LB

Kes model

Oyster, 44 mm, emas kuning

Bezel

Sisipan Cerachrom boleh putar searah senggatan 60 minit tahan calar dalam seramik biru, angka dan senggatan disaluti emas

Tahan air

Kalis air sehingga 3,900 meter / 12,800 kaki, Injap pelepas Helium

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik

Berkaliber

3235, Buatan Rolex

Rizab kuasa

Lebih kurang 70 jam

Gelang tangan

Oyster, pautan tiga keping padu

Dail

Biru

Pensijilan

Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)

Bezel Seramik dan Paparan Pendarkilau

Bezel boleh putar satu arah Rolex Deepsea selama 60 minit membolehkan penyelam memantau dengan tepat dan selamat masa menyelam dan penyahmampatan mereka. Tanda 'sifar' segi tiga pada takuk kelihatan dalam gelap kerana kapsul terbenam yang mengandungi bahan bercahaya memancarkan cahaya biru yang tahan lama. Takik disalut melalui proses PVD (Physical Vapor Deposition) dengan lapisan nipis emas kuning. Warna biru yang terdapat dalam cincin mampatan, dail dan sisipan bezel Cerachrom bergabung untuk menghasilkan palet lautan halus yang diserlahkan oleh emas kuning 18 karat penutup serta rantai jam tangan Oyster.
Rolex Bezel Seramik dan Paparan Pendarkilau - Swee Cheong Watch

Permukaan biru

Permukaan lakuer biru tertera nama 'DEEPSEA' dalam warna kuning serbuk. Permukaan menampilkan jarum dan penanda jam Chromalight yang besar yang dipenuhi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru berpanjangan agar dapat dibaca dengan jelas ketika gelap. Bentuk ringkas penanda jam – segi tiga, bulatan dan segi empat tepat – dan jarum, yang dibezakan dengan jelas dalam saiz dan bentuk, diisi atau disalut dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru berpanjangan – sehingga dua kali ganda lebih lama daripada bahan pendarfosfor tradisional.

Rolex Permukaan biru - Swee Cheong Watch

Emas kuning 18 karat

Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperoleh: kuning, merah jambu atau putih. Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.
Rolex Emas kuning 18 karat - Swee Cheong Watch
Rolex Crown - Swee Cheong Perhiasan & amp; Jam Tangan

Ketersediaan model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Swee Cheong Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex di seluruh dunia dan boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.

Hubungi kami

Return Client Watch - Swee Cheong Watch
Rolex Deepsea Sepanduk - Swee Cheong Watch
Rolex Deepsea

Jam tangan penyelam ekstrem

Teruskan Meneroka

Pin It on Pinterest