Rolex Day-Date 36 Oyster, 36 mm, emas kuningM128238-0088

RM211,200.00

p
* Semua harga adalah harga runcit yang dicadangkan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M128238-0088 - Jam Tangan Swee Cheong

Jaminan Rolex

Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami menyertakan jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.

Menterai Hijau

Jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex disertai dengan meterai hijau ialah satu simbol status sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan itu telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang khusus oleh Rolex yang dilakukan di dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri di samping pensijilan COSC rasmi untuk gerakan.

Kotak Peragaan Rolex

Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan meru-pakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu sim-bol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.

Rujukan

128238

Kes model

Oyster, 36 mm, emas kuning

Bezel

Berjejalur

Tahan air

Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik

Berkaliber

3255, Buatan Rolex

Rizab kuasa

Lebih kurang 70 jam

Gelang tangan

President, pautan tiga keping separa bulat

Dail

Karnelian bertatahkan permata

Pensijilan

Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)

Permukaan karnelian

Permukaan ini mempunyai penanda jam dalam emas 18 karat yang bertatahkan 32 berlian, dan Roman VI dan IX dalam 18 karat emas yang bertatahkan 24 berlian. Bahan ini dipotong daripada karnelian, batu berwarna jingga bercirikan garisan pelbagai bentuk dan saiz yang membentuk corak kameo yang berseni. Permukaan ialah wajah yang unik bagi jam tangan Rolex, iaitu ciri yang paling mencerminkan identiti dan kebolehbacaan. Dicirikan oleh penanda jam yang dibentuk daripada emas untuk mencegah kekusaman, setiap permukaan Rolex direka dan dibuat secara dalaman dan sebahagian besarnya dibuat dengan menggunakan tangan untuk memastikan kesempurnaan.
Rolex Permukaan karnelian - Jam Tangan Swee Cheong

Bezel berjejalur

Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Day-Date 36 ini.
Rolex Bezel berjejalur - Jam Tangan Swee Cheong

Emas kuning 18 karat

Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperolehi: kuning, merah jambu atau putih. Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.
Rolex Emas kuning 18 karat - Jam Tangan Swee Cheong
Rolex Crown - Swee Cheong Perhiasan & amp; Jam Tangan

Ketersediaan model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Swee Cheong Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex di seluruh dunia dan boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.

Hubungi kami

Return Client Watch - Swee Cheong Perhiasan & amp; Jam Tangan
Rolex Day-Date Sepanduk - Jam Tangan Swee Cheong
Rolex Day-Date

Pencapaian idaman

Teruskan Meneroka

Pin It on Pinterest